Tiada Tuhan Melainkan Allah, Nabi Muhammad S.A.W Itu Persuruh Allah

Friday, October 24, 2008

Aku

Bisa jua aku berjalan
kadang pula merangkak
ikut masa mengesot, teresot, sikit, banyak
Sampai terasa berlari, laju, kadangnya perlahan, keanakan mungkin?

Menyusuri laluan takdir
keadaan seakan berliku, kadang seakan lurus
laluan kejap besar, kejap sempit
acap pula mendaki, acap pula menurun

Selalu panas, berpeluhan
Selalu hujan, kesejukan
Ada juga mendung, uh, dingin

Mahu pergi kemana
Mahu cari siapa
Mahu buat apa
Belum tahu, sudah lupa, buat-buat lupa?

Aku bergerak, aku digerakkan?
Aku yang sesat, disesatkan, buat-buat sesat?

Jalan, tetap jalan
Lari, tetap lari
Cari, tetap cari
Jumpa, tetap jumpa, akan jumpa, takkan jumpa?
Jumpa apa? siapa?

Menghala ke destinasi samar, tak nampak, kabur
Sampai ketemu sinar, terang, cerah
Namun tak sedar sudah ada didalam
dalam hati? otak? dalam diri sendiri ?

Mencari aku, aku cari aku?
Mencermin diri, nampak sendiri
nampak apa? siapa?
Tak kenal, belum kenal, akan kenal
Berzuhud dalam perkenalan
Berzuhud dalam percintaan

Cinta kekal abadi
Tersusun indah, teratur tertib
Jelas ada disini dalam diri
Cari sampai ketemu sinar, terang, cerah
Kenali aku, nescaya akan aku mengenali Dia

24/October/2008 (1917hrs)

No comments: