Tiada Tuhan Melainkan Allah, Nabi Muhammad S.A.W Itu Persuruh Allah

Friday, August 19, 2011

Ilmu kebatinan jalan mengenal Allah?

Ini kali pertama aku bercerita tentang bab ini. Sebenarnya telah lama isu ini bermain di minda mereka yang berminat dengan persilatan, atau yang lebih tepat, ilmu kebatinan.

Kalau kita lihat di laman web JAKIM, ada diantara aliran persilatan itu dikategorikan sebagai sesat. Kenapa? jawapan yang tepat perlulah ditanya sendiri kepada pihak yang mengharamkannya.

Daripada pandangan aku (hanya sekadar pandangan), berdasarkan pengalaman, ilmu kebatinan itu menjadi salah sekiranya terdapat unsur pemujaan, syirik dan amalan yang terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar ataupun yang bertentangan dengan hukum syara'.

Persoalannya disini, adakah ilmu kebatinan itu salah satu jalan untuk mengenal dan mendekatkan diri kepada Allah? Disini aku hendak bercerita tentang pengalaman aku sendiri. Apa yang aku alami.

Sebagai orang muda, terus teranglah aku katakan, sangat jaranglah aku hendak menunaikan segala perintah yang wajib. Solat terabai, apatah lagi amalan ibadah yang lain seperti berzikir dan sebagainya. Solat jumaat, itu pun kadang-kadang bila rasa nak pergi.

Namun pada suatu hari, ditakdirkan aku berjumpa dengan seorang pakcik. Pakcik ni mengenalkan aku berkenaan ilmu beladiri dan kebatinan. Apa yang menarik, walaupun berguling-guling bersilat, ilmu keagamaan dipupuk secara hikmah. Setiap amalan kebatinan itu dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim, doa kepada Allah beserta selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W.

Dalam beramal ilmu kebatinan itu juga, aku diajar segala bentuk zikir yang sebenarnya adalah zikir harian kita seperti astaghfirullah, lailahaillah dan sebaginya. Dan untuk memantapkan ilmu kebatinan itu, aku perlu mematuhi segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Untuk beramal pula, mestilah dimulakan dengan solat sunat 2 rakaat yang mana solat sunat itu juga perlu dilakukan setelah menunaikan solat maghrib ataupun isyak. Bayangkan kalau hanya 5 amalan aku diijazahkan, bermakna 10 rakaat solat sunat aku perlu lakukan setiap malam.

Pada mulanya, segala amalan yang aku lakukan hanyalah kerana ilmu kebatinan itu.. kerana mahukan hasil, untuk digunakan dalam beladiri. Tetapi, apabila sudah kerap melakukannya, secara tiba-tiba kemahuan untuk menjadi hebat dalam ilmu kebatinan lesap. Kerana apa yang diamalkan selama ini bermula untuk menjadi hebat, telah mendidik aku untuk rajin bersolat dan berzikir. Setiap masa, dimana-mana sahaja, tidak lekang dibibir dan dihati untuk mengingat Allah.

Kemana aku pergi, segala apa yang aku lakukan, aku hanya berserah kepada Allah. Hampir setiap masa, apabila teringat, aku akan beristighfar dan berselawat. Apabila perkara ini aku ajukan kepada pakcik merangkap guru, jawapan yang diberikan adalah

"Susah untuk kita menarik anak-anak muda supaya belajar fardhu ain, pergi ke masjid, dengar ceramah agama, buat itu, buat ini. Cara yang mudah adalah tawarkan sesuatu yang menjadi minat mereka dan didik secara hikmah, insyaAllah, akan berubahlah mereka menjadi insan yang beriman"

So, kesimpulannya, tidak semua ilmu kebatinan itu salah. Kerana apa yang telah aku alami, benar-benar telah memberi kesan yang mendalam kepada diri aku. Ia hanyalah sebuah jalan untuk kita melaluinya bagi mendekatkan diri kepada Allah. Hanya niat dan minat membezakan seseorang itu. Wallahualam bisawab...

Tuesday, July 5, 2011

Sesal

Kesah pada rerumpunan rindu
atas setiap keampuhan diri
menyusuri benak jiwa
pada setiap dosa lampau

Akal ini terhad pada setakuk pemikiran
memikirkan kejadian pada setiap kejadian
yang sememangnya tidak perlu untuk dipersoal
malah diterima sebagai noktah

Hitam yang bertampuk, kotor pada diri
mensiakan qudratNya, akalNya dan sifatNya
tak bisa dicuci dengan lumuran tangis semata
ikhlas itu bukan azali hadir, tetapi dihadirkan

Aku bertaubat atas lakuku
Aku bertaubat atas penyiasaanku
Aku bertaubat atas yang sulit dan nyata
dan tuhan, aku bertaubat kerana penangguhan taubatku

Wednesday, December 22, 2010

Sufi

Dalam pengertian dibalik lembaran diri
Yang terlindung dan terhijab oleh mata
Berada didalam terang namun masih dicari
Sinar cahaya untuk menyuluh sukma

"Besi dilebur dalam api
Terdiam sebati
Namun besi tetap besi
Api tetap api"

"Magnet, menarik jarum
Ia mendekat, dan terlekat
Namun tidak sekali jarum
Beralih rupa dan sifat"

Hakikat yang sukar diertikan
Meniti liku perjalanan
Dari saat aku dihidupkan
sampai tika dijemput kematian







Saturday, February 7, 2009

Rindu

Ruhku bertangkaian pada jasad yg haq pada kalimah mengikat nyawa untuk penyerahan qudus buat Al-Khaliq.

Berzikir nadi meruntun kalimah indah memaku sukma pada yang awal tiada akhir,yang berdiri tanpa didirikan,yang wujud tanpa diwujudkan.

Mengukir bebunga rindu pada dinding hati mencoret kasih buat Ar-Rahman,lalu terpancar Nur dari setiap rongga berselawat salam kepada kekasihNya.

Akhirnya otak pun berfikir mengingati asal usul,dari mana aku hadir,sampai mana aku mampir..

Friday, October 24, 2008

Aku

Bisa jua aku berjalan
kadang pula merangkak
ikut masa mengesot, teresot, sikit, banyak
Sampai terasa berlari, laju, kadangnya perlahan, keanakan mungkin?

Menyusuri laluan takdir
keadaan seakan berliku, kadang seakan lurus
laluan kejap besar, kejap sempit
acap pula mendaki, acap pula menurun

Selalu panas, berpeluhan
Selalu hujan, kesejukan
Ada juga mendung, uh, dingin

Mahu pergi kemana
Mahu cari siapa
Mahu buat apa
Belum tahu, sudah lupa, buat-buat lupa?

Aku bergerak, aku digerakkan?
Aku yang sesat, disesatkan, buat-buat sesat?

Jalan, tetap jalan
Lari, tetap lari
Cari, tetap cari
Jumpa, tetap jumpa, akan jumpa, takkan jumpa?
Jumpa apa? siapa?

Menghala ke destinasi samar, tak nampak, kabur
Sampai ketemu sinar, terang, cerah
Namun tak sedar sudah ada didalam
dalam hati? otak? dalam diri sendiri ?

Mencari aku, aku cari aku?
Mencermin diri, nampak sendiri
nampak apa? siapa?
Tak kenal, belum kenal, akan kenal
Berzuhud dalam perkenalan
Berzuhud dalam percintaan

Cinta kekal abadi
Tersusun indah, teratur tertib
Jelas ada disini dalam diri
Cari sampai ketemu sinar, terang, cerah
Kenali aku, nescaya akan aku mengenali Dia

24/October/2008 (1917hrs)

Wednesday, October 22, 2008

Hidup

Hidup.
Penuh dengan masalah.
Tiada masalah, bukan hidup namanya.
Tiada masalah, bukan normal namanya.
Orang yang dah mati pun ada masalah, masalah mengira amalan untuk hari timbang kira di padang Masyar nanti.
Hidup.
Ada orang tiada duit, tak boleh hidup.
Ada orang banyak duit, tak senang hidup.
Tapi lebih baik ada duit, kalau tiada duit macam mana nak hidup.
Kalau lah pasir boleh ganti nasi.
Kalau lah hidup tak pakai duit.
Hidup.
Mana lagi penting untuknya?
Kawan-kawan, keluarga, kekasih? Semuanya penting.
Sebab semuanya bermula dari yang asas.
Semuanya bermula dari kasih sayang.
Dari rindu.
Dari cinta.
Hidup.
Pengertiannya adalah kita hidup untuk merasai mati.
Kerana kita makan hanya untuk melewatkan kita mati.
Kerana kita berubat hanya untuk melewatkan mati.
Kerana kita diciptakan untuk beribadat kepadaNya.
Kerana semua yang hidup pasti mati.
Hidup.
Permulaan dan pengakhiran.
Pekiraan dan pecaturan.
Semua telah ditetapkan.
Kita hanya bergerak, diatas landasan yang telah ditetapkan destinasinya.
Diatas gerabak yang telah disediakan pemandangannya.
Diatas layar yang telah dikarang ceritanya.
Diruang masa yang telah ditulis pengalamannya.
Seperti dari 'Alif' hingga 'Ya'.
Seperti dari Ummul Quran hingga An-Nass.
Seperti dari Ruhul Quddus hingga Barzakh.
Hidup.
Segala ketetapan dari Al-Khaliq.
Segala perancangan dari maha perancang.
Ya Hayyu Ya Qayyum.

09/06/2008

Tuesday, October 21, 2008

Kawan-kawan,rakan,sahabat dan ... (dot dot dot)

Aku ada kawan-kawan,
Ramai kawan-kawan,
yg jenis kalo jumpa men angkat kepala,
men tegur angkat tangan..
yg tu kawan-kawan..
yg jenis kenal nama dan orang,
belum tentu dapat lepak pau rokok sebatang..
Pastu aku ada rakan,
ramai gak rakan-rakan..
yg jenis kenal nama, kenal orang,
dan paling penting leh pau rokok sebatang..
tapi rakan ni jenis yg bleh lepak-lepak,
bleh seronok-seronok sambil ketawa terbahak-bahak..
bleh ajak gi nonton wayang,
bleh ajak g belasah orang..
tapi kalo kopak atau masalah tengah menimbun,
blom tentu bleh lepak atau ajak lepak minum..
dia dengar memang dengar.. angguk kepala bukan main,
macam paham-paham je..
pastu bila datang geng lain,
dia punya suke.. huh..
pastu aku ada plak sahabat..
yg ni jenis yg kenal nama, kenal orang, kenal hati, kenal budi..
stakat nak ajak tidur sebantal, makan sepinggan, mandi segayung..
takde hal nye.. sume perkara sama-sama tanggung..
aku marah dia la tukang kasi sabar,
aku sabar dia plak tukang marah..
aku nangis dia tolong pujuk..
dia nangis aku wat2 bodo... ehek..
tak la.. yg penting yg ni sahabat, mmg bleh pakai sampai bila2..
talak tempat mau jumpa lagik, ini champion punya!!
Yg terakhir,
aku ada dot dot dot...
yg ni aku tak tau nak buh klasifikasi ape..
mungkin 18pl..
yg ni jenis kenal nama, orang, hati, budi..
tapi tenggelam timbul.. macam beskut mery..
orang 'pesen' ni jenis yg tunggu dicari ..
sebab alasannya, ada life sendiri..
tapi bila ada masalah, tau plak berkongsi..
bila jumpa atau talipon,
punyelah baik! tak tau la kalo berlakon..
kalo nyembang kita lah kawan terbaik, rakan terkacak, sahabat ter-rapat..
letak je talipon, jgn harap nak call balik..
silap-silap kalo menunggu, jadi pak pacak.. jadi terencat..
kadang-kadang kita bukan nak kejam, nak garang-garang..
cuma nak kasitau, awak tu kita sayang..
bukan sekadar kawan biasa,
sebab injet punggung kanan, punggung kiri terasa..
kita tak demand bukan-bukan..
cuma letaklah kita dalam ingatan..
takkan kerana ada life sendiri hilang istilah kawan?
so, mana agaknya kamu?

26/Jan/2008

Doa Kami

Kau Aku Kita Sama
Menjunjung Satu Langit
Berpijak Satu Bumi
Hidup Kita Satu Nafas
Mati Kita Satu Lafaz
Dengan syahadah
Laillahaillallah Muhammad Rasullullah

Ya Rahman Ya Rahim
Jadikanlah kami Syuhada Mu
Jadikanlah kami Saiful Mu
Golongkan kami antara auliaMu
Sum Mum Buk Mum Umyum Fahum Layarjiun
Berilah kami kekuatan menghapuskan yang kaum yang pekak dan bisu
Yang memaling dari Haq
Yang berdiri diatas kebathilan
Jauhi kami dari tersasar dari sirotulmustaqim
Jauhi kemungkaran dari kaum muslimin
Letakkanlah kami dalam golongan yang sedikit
Qun Ya huq Illallah
Qulhuallah Hu Ahad

Nafas

Dari nafas yang berombak mengalun ke dalam rongga
dan berpusu menuju otak menggerakkan minda
mempelopori akal dan menggetarkan nadi...

setiap nafasku berkalimah satu
pada akalku ingatannya satu,
pada nadiku getarnya pada satu...
Bertangkailah roh ku pada jasad yg rapuh
memegang teguh kalimah Laillahaillah Muhammad Rasullah
Ghaib lah aku dalam nur, wujud pula dalam Haq
Meniti tareqat berliku memaut sunnah
Menuruti Qalamullah
meneliti ketelitian asalnya aku
yang kosong, tiada dan fana

Pencarian tiada henti
hakikat disedari
makrifat dihayati
agar tiada fitnah diarsy nanti
hanya kerna deriaku berkata
ketika jasadku kaku membisu!

9/Sept/2006

Aku dan kamu

Dari segenap ruang yang terpencil..
terdampar sinar yang suram..
disitulah aku yang ampuh menadah kasih..
samar kejauhan ini,ku rasakan getarnya..
yg berdenyut dalam nadi,yg berdegup dalam hati..
lihatlah pada bibirku yang basah mengucap kalimah..
yg mungkin meruntun hatimu..
atau ia bisa mengukir tanda dan mengolah lirik..
yg bercerita tentang aku dan kamu..

3/Dec/2004