Tiada Tuhan Melainkan Allah, Nabi Muhammad S.A.W Itu Persuruh Allah

Friday, October 24, 2008

Aku

Bisa jua aku berjalan
kadang pula merangkak
ikut masa mengesot, teresot, sikit, banyak
Sampai terasa berlari, laju, kadangnya perlahan, keanakan mungkin?

Menyusuri laluan takdir
keadaan seakan berliku, kadang seakan lurus
laluan kejap besar, kejap sempit
acap pula mendaki, acap pula menurun

Selalu panas, berpeluhan
Selalu hujan, kesejukan
Ada juga mendung, uh, dingin

Mahu pergi kemana
Mahu cari siapa
Mahu buat apa
Belum tahu, sudah lupa, buat-buat lupa?

Aku bergerak, aku digerakkan?
Aku yang sesat, disesatkan, buat-buat sesat?

Jalan, tetap jalan
Lari, tetap lari
Cari, tetap cari
Jumpa, tetap jumpa, akan jumpa, takkan jumpa?
Jumpa apa? siapa?

Menghala ke destinasi samar, tak nampak, kabur
Sampai ketemu sinar, terang, cerah
Namun tak sedar sudah ada didalam
dalam hati? otak? dalam diri sendiri ?

Mencari aku, aku cari aku?
Mencermin diri, nampak sendiri
nampak apa? siapa?
Tak kenal, belum kenal, akan kenal
Berzuhud dalam perkenalan
Berzuhud dalam percintaan

Cinta kekal abadi
Tersusun indah, teratur tertib
Jelas ada disini dalam diri
Cari sampai ketemu sinar, terang, cerah
Kenali aku, nescaya akan aku mengenali Dia

24/October/2008 (1917hrs)

Wednesday, October 22, 2008

Hidup

Hidup.
Penuh dengan masalah.
Tiada masalah, bukan hidup namanya.
Tiada masalah, bukan normal namanya.
Orang yang dah mati pun ada masalah, masalah mengira amalan untuk hari timbang kira di padang Masyar nanti.
Hidup.
Ada orang tiada duit, tak boleh hidup.
Ada orang banyak duit, tak senang hidup.
Tapi lebih baik ada duit, kalau tiada duit macam mana nak hidup.
Kalau lah pasir boleh ganti nasi.
Kalau lah hidup tak pakai duit.
Hidup.
Mana lagi penting untuknya?
Kawan-kawan, keluarga, kekasih? Semuanya penting.
Sebab semuanya bermula dari yang asas.
Semuanya bermula dari kasih sayang.
Dari rindu.
Dari cinta.
Hidup.
Pengertiannya adalah kita hidup untuk merasai mati.
Kerana kita makan hanya untuk melewatkan kita mati.
Kerana kita berubat hanya untuk melewatkan mati.
Kerana kita diciptakan untuk beribadat kepadaNya.
Kerana semua yang hidup pasti mati.
Hidup.
Permulaan dan pengakhiran.
Pekiraan dan pecaturan.
Semua telah ditetapkan.
Kita hanya bergerak, diatas landasan yang telah ditetapkan destinasinya.
Diatas gerabak yang telah disediakan pemandangannya.
Diatas layar yang telah dikarang ceritanya.
Diruang masa yang telah ditulis pengalamannya.
Seperti dari 'Alif' hingga 'Ya'.
Seperti dari Ummul Quran hingga An-Nass.
Seperti dari Ruhul Quddus hingga Barzakh.
Hidup.
Segala ketetapan dari Al-Khaliq.
Segala perancangan dari maha perancang.
Ya Hayyu Ya Qayyum.

09/06/2008

Tuesday, October 21, 2008

Kawan-kawan,rakan,sahabat dan ... (dot dot dot)

Aku ada kawan-kawan,
Ramai kawan-kawan,
yg jenis kalo jumpa men angkat kepala,
men tegur angkat tangan..
yg tu kawan-kawan..
yg jenis kenal nama dan orang,
belum tentu dapat lepak pau rokok sebatang..
Pastu aku ada rakan,
ramai gak rakan-rakan..
yg jenis kenal nama, kenal orang,
dan paling penting leh pau rokok sebatang..
tapi rakan ni jenis yg bleh lepak-lepak,
bleh seronok-seronok sambil ketawa terbahak-bahak..
bleh ajak gi nonton wayang,
bleh ajak g belasah orang..
tapi kalo kopak atau masalah tengah menimbun,
blom tentu bleh lepak atau ajak lepak minum..
dia dengar memang dengar.. angguk kepala bukan main,
macam paham-paham je..
pastu bila datang geng lain,
dia punya suke.. huh..
pastu aku ada plak sahabat..
yg ni jenis yg kenal nama, kenal orang, kenal hati, kenal budi..
stakat nak ajak tidur sebantal, makan sepinggan, mandi segayung..
takde hal nye.. sume perkara sama-sama tanggung..
aku marah dia la tukang kasi sabar,
aku sabar dia plak tukang marah..
aku nangis dia tolong pujuk..
dia nangis aku wat2 bodo... ehek..
tak la.. yg penting yg ni sahabat, mmg bleh pakai sampai bila2..
talak tempat mau jumpa lagik, ini champion punya!!
Yg terakhir,
aku ada dot dot dot...
yg ni aku tak tau nak buh klasifikasi ape..
mungkin 18pl..
yg ni jenis kenal nama, orang, hati, budi..
tapi tenggelam timbul.. macam beskut mery..
orang 'pesen' ni jenis yg tunggu dicari ..
sebab alasannya, ada life sendiri..
tapi bila ada masalah, tau plak berkongsi..
bila jumpa atau talipon,
punyelah baik! tak tau la kalo berlakon..
kalo nyembang kita lah kawan terbaik, rakan terkacak, sahabat ter-rapat..
letak je talipon, jgn harap nak call balik..
silap-silap kalo menunggu, jadi pak pacak.. jadi terencat..
kadang-kadang kita bukan nak kejam, nak garang-garang..
cuma nak kasitau, awak tu kita sayang..
bukan sekadar kawan biasa,
sebab injet punggung kanan, punggung kiri terasa..
kita tak demand bukan-bukan..
cuma letaklah kita dalam ingatan..
takkan kerana ada life sendiri hilang istilah kawan?
so, mana agaknya kamu?

26/Jan/2008

Doa Kami

Kau Aku Kita Sama
Menjunjung Satu Langit
Berpijak Satu Bumi
Hidup Kita Satu Nafas
Mati Kita Satu Lafaz
Dengan syahadah
Laillahaillallah Muhammad Rasullullah

Ya Rahman Ya Rahim
Jadikanlah kami Syuhada Mu
Jadikanlah kami Saiful Mu
Golongkan kami antara auliaMu
Sum Mum Buk Mum Umyum Fahum Layarjiun
Berilah kami kekuatan menghapuskan yang kaum yang pekak dan bisu
Yang memaling dari Haq
Yang berdiri diatas kebathilan
Jauhi kami dari tersasar dari sirotulmustaqim
Jauhi kemungkaran dari kaum muslimin
Letakkanlah kami dalam golongan yang sedikit
Qun Ya huq Illallah
Qulhuallah Hu Ahad

Nafas

Dari nafas yang berombak mengalun ke dalam rongga
dan berpusu menuju otak menggerakkan minda
mempelopori akal dan menggetarkan nadi...

setiap nafasku berkalimah satu
pada akalku ingatannya satu,
pada nadiku getarnya pada satu...
Bertangkailah roh ku pada jasad yg rapuh
memegang teguh kalimah Laillahaillah Muhammad Rasullah
Ghaib lah aku dalam nur, wujud pula dalam Haq
Meniti tareqat berliku memaut sunnah
Menuruti Qalamullah
meneliti ketelitian asalnya aku
yang kosong, tiada dan fana

Pencarian tiada henti
hakikat disedari
makrifat dihayati
agar tiada fitnah diarsy nanti
hanya kerna deriaku berkata
ketika jasadku kaku membisu!

9/Sept/2006

Aku dan kamu

Dari segenap ruang yang terpencil..
terdampar sinar yang suram..
disitulah aku yang ampuh menadah kasih..
samar kejauhan ini,ku rasakan getarnya..
yg berdenyut dalam nadi,yg berdegup dalam hati..
lihatlah pada bibirku yang basah mengucap kalimah..
yg mungkin meruntun hatimu..
atau ia bisa mengukir tanda dan mengolah lirik..
yg bercerita tentang aku dan kamu..

3/Dec/2004